ATV Jules Verne
ATV Jules Verne

ATV Jules Verne

ATV Jules Verne, atau Automated Transfer Vehicle 001 (ATV-001), merupakan sebuah kapal angkasa lepas pembekalan semula kargo Eropah yang dinamakan bersempena penulis cereka sains Perancis Jules Verne.[1] Kapal angkasa lepas ini dilancarkan pada 9 Mac 2008 dengan misi untuk menghantar bekalan bahan dorong, air, udara dan kargo kering ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Jules Verne juga akan digunakan untuk menolak semula stesen ini ke orbit yang lebih tinggi.Disebabkan ia merupakan ATV yang pertama, Jules Verne menjalani ujian selama tiga minggu sebelum akhirnya mula bertemu dengan ISS. Ia berlabuh pada 3 April 2008. Selepas tempoh kira-kira empat bulan di sana, Jules Verne akan berpisah dengan ISS dan keluar dari orbit lalu masuk semula dan musnah di atas Lautan Pasifik.

ATV Jules Verne

Keadaan LEO
Tempoh orbit 91.34
Jenis misi Penghantaran bekalan ISS
Tempoh misi 5 bulan
Kecondongan 51.6°
Satelit kepada Bumi
Roket Pembawa Ariane 5ES
ID COSPAR 2008-008A
Kuasa Panel suria
Apoapsis 339 kilometer (183 nmi)
Kontraktor utama EADS Astrium (utama),
Thales Alenia Space
Laman web ESA - ATV
Periapsis 331 kilometer (179 nmi)
Tarikh Berlepas 04:03 UTC, 9 Mac 2008
Jisim 20 tan (44,000 lb)
Pengendali ESA